f a t i h a t i e
Sumber dari Mingguan Wanita feb 08 oleh Almaswa Haji Che Ros.

Sy wanita yang sudah berumur 30 thn dan masih belum berkahwin. Baru-baru ini, sy dikecewakan oleh seorang lelaki yg sgt sy kasih. Dia mengahwini perempuan lain atas alasan keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Sy rasa sgt kecewa. Sy bukanlah perempuan yg mudah jatuh cinta, namus bila sy kasihkan seseorg, sy dikecewakan. Dlm usia begini dan dikecewakan oleh lelaki yang berjanji mahu memperisterikan diri ini, sy rs telah putus harap. Rs kecewa sgt sukar utk sy buang. Ada kalanya sy rs seolah-olah sakit jiwa bila terkenangkan tentang dia dan juga kenangan kami bersama. Setiap hari sy menangis dan juga rasa sangat tertekan. Ada kalanya sy rs seperti tidak tertanggung lagi beban ini ditambah lagi dgn tekanan di tempat kerja.

Lebih menambahkan tekanan dan dilema yg dihadapi, semua org yg rapat sudah berbahagia ataupun sudah membina keluarga sendiri sedangkan sy berasa sgt sunyi. Kawan2 ramai yg menceritakan ttg kebahagiaan mrk mendapt jodoh ataupun sudah berumah tangga menambah lg luka dan kesakitan sy. Sukar sgt utk sy bertemu dgn lelaki yg sesuai seolah-olah tiada jln utk sy.kerjaya sgt membataskan sy utk mendapatkan kenalan. Sy hanya menjalani rutin harian sj malah tidak byk sahabat.

Sy sering beroa semoga dipermudahkan dan diberi jodoh yg baik dan sesuai utk sy, namun sehingga kini, doa sy belum dimakbulkan. Sy tidak berputus asa dan terus berdoa kpd Allah dan membina keyakinan diri yg Allah akan menunaikan permintaan sy. Sy byk berzikir, solat, membaca al-Quran dan membaca buku-buku agama utk tenangkan hati, namun byk pula hadis yg sy baca berkenaan dgn perempuan solehah yg mendapatkan keredhaan dan keberuntungan.

Yg dimaksudkan ialah perempuan yg bergelar isteri (yang solehah pastinya). Sy ingin tahu, bagaimana pula kedudukan perempuan-perempuan yg belum atau tidak berkahwin? Apakah kedudukan dan ganjaran baginya? Bagi seseorg isteri, masuknya wanita ke syurga ialah apabila suaminya redha kepadanya. Bagaimana pula nasib wanita-wanita yg tiada jodohnya? Ada atau tidak hadis2 yg dpt menunjukkan kedudukan perempuan2 yg masih belum berkahwin atau tiada jodohnya di dunia ini? Sebagai seorg wanita yg belum berkahwin, sy mencari kekuatan diri agar dpt bertenang walaupun sedih melihat kebahagiaan org lain dan cuba menahan hati dr pedihnya mulut2 masyarakat yg memandang rendah kpd perempuan2 yg belum bertemu jodoh.

Masyarakat sekeliling tidk membantu malah ramai yg mengata sedangkan hati dan perasaan wanita2 seerti sy ini juga seperti org lain yg mahukan kebahagiaan dan hidup berumah tangga. Sy harapkan puan dpt membeir hadis2 yg menunjukkan kedudukan wanita seperti sy ini dan tip2 utk mengubat kedukaan dan kesunyian sera cara utk mendapatkan kebahagiaan bg wanita2 yg belum berkahwin.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Assalamualaikum saudari yg dirahmati Allah...

Tidak dinafikan seorg wanita sll mengimpikan kebahagiaan hidup di samping seorg lelaki bergelar suami yg nantinya akan mengharapkan kebahagiaan yg berpanjangan dgn kelahiran anak2 sbg penyeri rumah tangga. Kita sering melihat kebahagiaan sesebuah keluarha apabila pasangan dan anak2 gembira dgn kehidupan yg mrk lalui.

Namun tidak semua pasangan mengecap kebahagiaan drpd perkahwinan mrk. Suami bermain kayu tiga, suami mendera isteri, isteri menagih kasih drpd lelaki lain sering kita dgr dan seribu satu macam kekeliruan yg mengundang kemurkaan Allah. Tidak kurang yg kita dgr para isteri mengeluh, kecewa dan tertekan dgn kehidupan yg mrk lalui. Org2 yg saudari nmpk bahagia tidak semuanya begitu. Ramai juga yg mendirikan rumah tangga tetapi menderita krn tidak mengecap kebahagian dlm perkahwinan. Sekali pandang hadis menyebut seseorang wanita yg taat kpd suami dan beramal dgn amaln soleh akan masuk syurga. Namun, dosa juga senang terjadi apabila tidakk mentaati suami dan terdedah kpd gejala maksiat serta pergolakan dlm masyarakat.

Tidak dinafikan hadis yg saudari sebutkan itu nmpk seolah2 memudakan para wanita utk mendapatkan pahala jika dia benar mentaati suami dan solehah yg akhirnya menjanjikan syurga. Namun, jika saudari renungi tafsir Quran, boleh dikatakan bahawa org2 yg plg baik atr kamu adlh org2 yg beriman kpd Allah.

Kalau nk dikupaskan bagaimana beriman kpd Allah itu, maka perlulah mencari ilmu dan berguru. Antaranya adlh pertaya terhadap qada’ dan qadar atau ketentuan Allah terhadap para hamba-Nya. Jika kita percaya bahawa Allah belum lagi memberikan kita jodoh, maka dia lebih mengetahui kenapa jodoh belum sampai lagi utk kita. Allah itu Maha Adil... Kita tidak tahu mungkin dgn ketentuan Allah itu ada hikmah yg belum nmpk atau org2 yg kita temui itu kurang sesuai menjadi pasangan kita yg berkemungkinan menjadikan kita menderita atau tidak mencapai tahap isteri solehah. Semua itu kita tidak mengetahui hikmah knp Allah belum lagi atau mungkin tidak mengurniakan jodoh kpd kita.

Saudari...
Sesungguhnya sesuatu yg Allah takdirkan akan pasti terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima takdir itu, kerana Allah yg menentukan. Dgn adanya cubaan, kita mendapat pahala dan dosa diampuni sekiranya kita bersabar dan redha dgn cubaan itu. Maka berbahagialah org yg ditimpa musibah atau kekurangan yg dimiliki dan kerelaan mereka terhadap ujian Allah. Berdoalah kpd Allah saudari. Namun, jika doa kita belum lagi Allah makbulkan, tidak bermakna Allah tidak mendengar keluhan kita. Kata alim ulama, ada doa yg Allah belum kabulkan, ada doa yg Allah tangguhkan di hari akhirat. Semuanya ini hanya Allah yg mengetahui dan sebagai hamba, jika redha dan sabar dan percaya doanya masih belum dimakbulkan, maka akan tetap merasa bahagia dan redha dgn ketetapan Allah, maka barulah ujian yg Allah berikan itu berjaya dilepasi.

Saudari yg dirahmati Allah..
Bahagia bukan hanya terletak pd seorang lelaki yg bergelar suami. Bahagia yg boleh kita pohon drpd Allah adalah adalah dgn memohon bahawa “Sekiranya hadir seorang lelaki di dalam hidupku akan memberikan kebaikan kepadaku dan agamamu ya Alah, maka engkau kurniakanlah, ttp jika kehadiran seorg lelaki dlm hidupku lebih menderita, malah menjauhkan aku drpd beribadat kepada-Mu, maka kpd Engkau sajalah aku berserah”. Dgn kata lain, kita memohon kpd Allah jika hadir seorang lelaki memberi kebaikan kpd kita maka, pohonkanlah agar Allah perkenan, jika sebaliknya, biarlah Allah kurniakan kebahagiaan dan ketengangan dlm hati dan kehidupan kita akhirnya mendapat redha-Nya.

Kata Dr Aidh seorang ulama terkenal dlm bukunya bertajuk ‘jangan bersedih’, umur di dunia ini sgt pendek dan gudang kenikmatannya sgt miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Barang siapa di dunia mendapat musibah atau kekurangan, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, baangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup berbahagia di akhirat dgn sytarat redha dgn ujian Allah itu. Maka hadis ada menyebut: “Sesiapa yg dikehendaki Allah akan diberi-Nya cabaran”. Maka mungkin ini cubaan yg saudari lalui. Oleh itu, janganlah anda bersedih krn belum mendapat jodoh-terimalah setiap pemberian Allah dgn penuh kerelaan hati (“Kami teleh menentukan atr mrk penghidupan mrk dlm penghidupan dunia... (Az Zukhruf:32).

Akhir kata. Penuhilah masa saudari dgn aktiviti bersama masyarakat agar kehidupan saudari lebih terisi dan bermakna. Cuba libatkan diri dlm persatuan NGO, penuhi masa dgn mengikuti kuliah2 agama di masjid kerana dgn mengikuti ilmu Allah, insya Allah, jiwa akan menjadi tenang. Jgn biarkan masa tidak diisi dgn apa2 aktiviti krn hati akan bekerja yg akan menjadikan kita gundah gulana. Ingatlah bahawa setiap yg kita nmpk baik dan bahagia itu belum tentu akan kita kecapi jika kita berada dlm keadaan itu, malah mungkin akan member kemudaratan. Justeru, berbahagialah dgn apa yg Allah tetapkan. Jika sampai jodoh nantinya, muangkin doa saudari Allah telah makbulkan, jika tidak, maka doa utk mengecap kebahagiaan itu Allah tangguhkan di hari akhirat nanti buat saudari yg mana ianya jauh lebih baik drpd di dunia..Wallahualam.
2 Responses
  1. Skinny Legs Says:

    huhuhuhuhhuhu

    macam penah baca...ekekekeke


  2. AD Says:

    doanya hampir sama dengan apa yang diucapkan setiap hari...

    beraktiviti juga sama dengan apa yang dialami setiap hari...

    melengkapkan diri dengan ilmu agama juga jangan dipandang sepi....

    alhamdulillah akhirnya tidak bersendiri...

    insyaALLAH....

    cuba jangan tak cuba tips2 yang dinyatakan di dalam artikel tersebut....

    kerana setiap orang aa bahagiannya masing-masing...



he or she..

Lilypie Maternity tickers