f a t i h a t i e
Ayah balik dari outstation smlm. Selama aku hidup, tak pernah aku tanyakan pada mama bila ayah akan pulang sebegini serius. Seringkali aku bertanya acuh tak acuh je. Pagi tadi baru aku dpt berbincang dgn ayah. sudah sekian lama, tak kulakukan aktiviti sebegini. Dan ternyata ayah berikan aku sesuatu yg aku harapkan selama ini..aku tak percaya… Suatu kekuatan…kekuatan ke???suatu yang tak kuperoleh dari mama. Mama juga mengakuinya. huhu… tak terbayang olehku ayah beri aku kekuatan… sedang menggunakan ayat itu pun membuat aku rasa janggal. Seingatku tak pernah secara langsung... Selalunya peranan tu dimainkan oleh mama. Walaupun byk cabaran akan mendatang, hatiku sedikit tenang. Sedang ayah bercerita kisah dugaan masa lampaunya, mama menyampuk penuh makna mengingatkan ayah agar tak usah pjg lebar, tak mahu aku sedih. Sebetulnya aku sudah menahan sebak ketika itu. Emosi pulak pagi2 ni. Tapi aku tau ayah takkan perasan kalaupun mataku bertakung…kerana ayah adalah ayah…

Dalam hidup ni, kadang kala kita di atas, kadang kala di bawah…
Dan buat masa ini, aku sedar… aku berada di bawah…

Mungkin sudah lama aku tak berhadapan dengan dugaan hebat selain dari peperiksaaan akhir setiap semester =D…dan selasa minggu hadapan, bermulanya dugaan awal yang sebenar-benar untukku… ku mohon pada-Nya semuanya berjalan lancar…

Kadang2 aku rasa aku keseorangan terkontang-kanting menyelesaikan masalah sendiri. Terasa seperti aku tiada sesiapa walaupun sebenarnya, aku yg tak menyedari kehadiran Dia dan ‘mereka’. Betapa aku sering alpa. Dari kejauhan ku rasakan insan itu yg punya masalh sepertiku… tetapi adakah dia punya ‘mereka’ untuknya… kudoakan Dia sentiasa bersamamu. kufikir, sudah tentu ada kerana salam perkhabaran aku hanya mendapat balasan sebaris cuma. Teguhnya dirimu memekung rahsia. Kagumnya aku.

Yang nyata tiada seorang pun di planet bumi ini yang hidup penuh senang tanpa masalah.dan semua ada cara tersendiri berhadapan dengannya…

f a t i h a t i e

Blog ini lahir dari emosiku yg tidak stabil...
Aku tak terdaya melihat wajah2 senyumku dlm blog terdahulu...
kerana aku kini bkn lagi seperti itu...
lebih rasa senang di sini bersama wajahku kosong...
aku cuba menyepi...
mungkin juga memberi ruang utk mereka merindui aku...
mereka2 yg sering buat aku tersenyum...
oh mungkin juga tiada yg merindu...siapalah aku...
dan di saat aku cuba mencari bayang mereka,,,
tidak aku temu...
aku kini bersahabat baik dgn masalah2ku...
tidak cuba aku lari...
kerana makin aku menjauh, makin ia mengejari aku...
aku hanya ada masa dua minggu atau kurang utk ini semua...
ku mengharapkan sinar di hujung jalan...

he or she..

Lilypie Maternity tickers