f a t i h a t i e
Hidup di dunia hanya sementara...
mengapa seringkali kita lupa dan leka akan itu?
sahabat2...ingatkan aku...pesankan aku...
kerana ku khuatir satu masa salam kuberikan mungkin yang terakhir...
Aku bersyukur kerana detik ini nafas ku masih berlari...
dan diberikan peluang ini...
hanya ini...
agar sempat aku perbaiki...
jauhkan diriku dari anasir lain yg memakan hati ini,
melukakan dan menggelapkan hati ini...
ameen...
*************************************************************
Wahai sahabat, ingatkanlah aku...
aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan
tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan
tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan
tolong ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan
tolong ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran
tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan
tolong ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan
1 Response
  1. Anonymous Says:

    wow!
    tolong ingatkan aku jua....

    methebest =)


he or she..

Lilypie Maternity tickers