Showing posts with label Think deep. Show all posts
Showing posts with label Think deep. Show all posts
f a t i h a t i e





f a t i h a t i e
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Sy tidak pasti keselurahan ini, yg sy tau, tak boleh hidangkan makanan masa kenduri arwah pada tetamu dan sememangnye jiran perlu mambantu.

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
huhu pernah kejadian org hulur sampul kosong sbb malu adat x menghulur...kengkawan, silalah dtg ke kenduriku tanpa itu semua..hadir utk memeriahkan majlis ok!=)

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
tak pasti pulak ada pemimpin negara yg solat x berbaju nih..

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
huhu makan mmg la kena igt org blkg, jgn main hentam je..pd pandanganku, kalau dijemput, hadirlah jika tiada aral, tuan rumah dah bajetkan makanan utk kamu2 tue..

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
betul2, dua2 pun liat nk wat, cam ne ni.. Arwah datuk sll pesan solat sunat subuh..dibukakan luas pintu rezeki...dan sloat sunat lain juga sgt2 dianjurkan...

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Ye, kita sgt terbalik. kepelikan sudah lama meresap ke dalam jiwa.. cewah..

7… Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
hmm ada lojiknya.. harus rujuk pd yg pakar.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Bakal ibu & ayah sila take note ...hihi

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
huhu

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
ish3, x patut sungguh.. ;)

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..
hmm...

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.’ (Riwayat Bukhari)
Labels: 0 souls | | edit post
f a t i h a t i e
Sumber dari Mingguan Wanita feb 08 oleh Almaswa Haji Che Ros.

Sy wanita yang sudah berumur 30 thn dan masih belum berkahwin. Baru-baru ini, sy dikecewakan oleh seorang lelaki yg sgt sy kasih. Dia mengahwini perempuan lain atas alasan keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Sy rasa sgt kecewa. Sy bukanlah perempuan yg mudah jatuh cinta, namus bila sy kasihkan seseorg, sy dikecewakan. Dlm usia begini dan dikecewakan oleh lelaki yang berjanji mahu memperisterikan diri ini, sy rs telah putus harap. Rs kecewa sgt sukar utk sy buang. Ada kalanya sy rs seolah-olah sakit jiwa bila terkenangkan tentang dia dan juga kenangan kami bersama. Setiap hari sy menangis dan juga rasa sangat tertekan. Ada kalanya sy rs seperti tidak tertanggung lagi beban ini ditambah lagi dgn tekanan di tempat kerja.

Lebih menambahkan tekanan dan dilema yg dihadapi, semua org yg rapat sudah berbahagia ataupun sudah membina keluarga sendiri sedangkan sy berasa sgt sunyi. Kawan2 ramai yg menceritakan ttg kebahagiaan mrk mendapt jodoh ataupun sudah berumah tangga menambah lg luka dan kesakitan sy. Sukar sgt utk sy bertemu dgn lelaki yg sesuai seolah-olah tiada jln utk sy.kerjaya sgt membataskan sy utk mendapatkan kenalan. Sy hanya menjalani rutin harian sj malah tidak byk sahabat.

Sy sering beroa semoga dipermudahkan dan diberi jodoh yg baik dan sesuai utk sy, namun sehingga kini, doa sy belum dimakbulkan. Sy tidak berputus asa dan terus berdoa kpd Allah dan membina keyakinan diri yg Allah akan menunaikan permintaan sy. Sy byk berzikir, solat, membaca al-Quran dan membaca buku-buku agama utk tenangkan hati, namun byk pula hadis yg sy baca berkenaan dgn perempuan solehah yg mendapatkan keredhaan dan keberuntungan.

Yg dimaksudkan ialah perempuan yg bergelar isteri (yang solehah pastinya). Sy ingin tahu, bagaimana pula kedudukan perempuan-perempuan yg belum atau tidak berkahwin? Apakah kedudukan dan ganjaran baginya? Bagi seseorg isteri, masuknya wanita ke syurga ialah apabila suaminya redha kepadanya. Bagaimana pula nasib wanita-wanita yg tiada jodohnya? Ada atau tidak hadis2 yg dpt menunjukkan kedudukan perempuan2 yg masih belum berkahwin atau tiada jodohnya di dunia ini? Sebagai seorg wanita yg belum berkahwin, sy mencari kekuatan diri agar dpt bertenang walaupun sedih melihat kebahagiaan org lain dan cuba menahan hati dr pedihnya mulut2 masyarakat yg memandang rendah kpd perempuan2 yg belum bertemu jodoh.

Masyarakat sekeliling tidk membantu malah ramai yg mengata sedangkan hati dan perasaan wanita2 seerti sy ini juga seperti org lain yg mahukan kebahagiaan dan hidup berumah tangga. Sy harapkan puan dpt membeir hadis2 yg menunjukkan kedudukan wanita seperti sy ini dan tip2 utk mengubat kedukaan dan kesunyian sera cara utk mendapatkan kebahagiaan bg wanita2 yg belum berkahwin.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Assalamualaikum saudari yg dirahmati Allah...

Tidak dinafikan seorg wanita sll mengimpikan kebahagiaan hidup di samping seorg lelaki bergelar suami yg nantinya akan mengharapkan kebahagiaan yg berpanjangan dgn kelahiran anak2 sbg penyeri rumah tangga. Kita sering melihat kebahagiaan sesebuah keluarha apabila pasangan dan anak2 gembira dgn kehidupan yg mrk lalui.

Namun tidak semua pasangan mengecap kebahagiaan drpd perkahwinan mrk. Suami bermain kayu tiga, suami mendera isteri, isteri menagih kasih drpd lelaki lain sering kita dgr dan seribu satu macam kekeliruan yg mengundang kemurkaan Allah. Tidak kurang yg kita dgr para isteri mengeluh, kecewa dan tertekan dgn kehidupan yg mrk lalui. Org2 yg saudari nmpk bahagia tidak semuanya begitu. Ramai juga yg mendirikan rumah tangga tetapi menderita krn tidak mengecap kebahagian dlm perkahwinan. Sekali pandang hadis menyebut seseorang wanita yg taat kpd suami dan beramal dgn amaln soleh akan masuk syurga. Namun, dosa juga senang terjadi apabila tidakk mentaati suami dan terdedah kpd gejala maksiat serta pergolakan dlm masyarakat.

Tidak dinafikan hadis yg saudari sebutkan itu nmpk seolah2 memudakan para wanita utk mendapatkan pahala jika dia benar mentaati suami dan solehah yg akhirnya menjanjikan syurga. Namun, jika saudari renungi tafsir Quran, boleh dikatakan bahawa org2 yg plg baik atr kamu adlh org2 yg beriman kpd Allah.

Kalau nk dikupaskan bagaimana beriman kpd Allah itu, maka perlulah mencari ilmu dan berguru. Antaranya adlh pertaya terhadap qada’ dan qadar atau ketentuan Allah terhadap para hamba-Nya. Jika kita percaya bahawa Allah belum lagi memberikan kita jodoh, maka dia lebih mengetahui kenapa jodoh belum sampai lagi utk kita. Allah itu Maha Adil... Kita tidak tahu mungkin dgn ketentuan Allah itu ada hikmah yg belum nmpk atau org2 yg kita temui itu kurang sesuai menjadi pasangan kita yg berkemungkinan menjadikan kita menderita atau tidak mencapai tahap isteri solehah. Semua itu kita tidak mengetahui hikmah knp Allah belum lagi atau mungkin tidak mengurniakan jodoh kpd kita.

Saudari...
Sesungguhnya sesuatu yg Allah takdirkan akan pasti terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima takdir itu, kerana Allah yg menentukan. Dgn adanya cubaan, kita mendapat pahala dan dosa diampuni sekiranya kita bersabar dan redha dgn cubaan itu. Maka berbahagialah org yg ditimpa musibah atau kekurangan yg dimiliki dan kerelaan mereka terhadap ujian Allah. Berdoalah kpd Allah saudari. Namun, jika doa kita belum lagi Allah makbulkan, tidak bermakna Allah tidak mendengar keluhan kita. Kata alim ulama, ada doa yg Allah belum kabulkan, ada doa yg Allah tangguhkan di hari akhirat. Semuanya ini hanya Allah yg mengetahui dan sebagai hamba, jika redha dan sabar dan percaya doanya masih belum dimakbulkan, maka akan tetap merasa bahagia dan redha dgn ketetapan Allah, maka barulah ujian yg Allah berikan itu berjaya dilepasi.

Saudari yg dirahmati Allah..
Bahagia bukan hanya terletak pd seorang lelaki yg bergelar suami. Bahagia yg boleh kita pohon drpd Allah adalah adalah dgn memohon bahawa “Sekiranya hadir seorang lelaki di dalam hidupku akan memberikan kebaikan kepadaku dan agamamu ya Alah, maka engkau kurniakanlah, ttp jika kehadiran seorg lelaki dlm hidupku lebih menderita, malah menjauhkan aku drpd beribadat kepada-Mu, maka kpd Engkau sajalah aku berserah”. Dgn kata lain, kita memohon kpd Allah jika hadir seorang lelaki memberi kebaikan kpd kita maka, pohonkanlah agar Allah perkenan, jika sebaliknya, biarlah Allah kurniakan kebahagiaan dan ketengangan dlm hati dan kehidupan kita akhirnya mendapat redha-Nya.

Kata Dr Aidh seorang ulama terkenal dlm bukunya bertajuk ‘jangan bersedih’, umur di dunia ini sgt pendek dan gudang kenikmatannya sgt miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Barang siapa di dunia mendapat musibah atau kekurangan, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, baangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup berbahagia di akhirat dgn sytarat redha dgn ujian Allah itu. Maka hadis ada menyebut: “Sesiapa yg dikehendaki Allah akan diberi-Nya cabaran”. Maka mungkin ini cubaan yg saudari lalui. Oleh itu, janganlah anda bersedih krn belum mendapat jodoh-terimalah setiap pemberian Allah dgn penuh kerelaan hati (“Kami teleh menentukan atr mrk penghidupan mrk dlm penghidupan dunia... (Az Zukhruf:32).

Akhir kata. Penuhilah masa saudari dgn aktiviti bersama masyarakat agar kehidupan saudari lebih terisi dan bermakna. Cuba libatkan diri dlm persatuan NGO, penuhi masa dgn mengikuti kuliah2 agama di masjid kerana dgn mengikuti ilmu Allah, insya Allah, jiwa akan menjadi tenang. Jgn biarkan masa tidak diisi dgn apa2 aktiviti krn hati akan bekerja yg akan menjadikan kita gundah gulana. Ingatlah bahawa setiap yg kita nmpk baik dan bahagia itu belum tentu akan kita kecapi jika kita berada dlm keadaan itu, malah mungkin akan member kemudaratan. Justeru, berbahagialah dgn apa yg Allah tetapkan. Jika sampai jodoh nantinya, muangkin doa saudari Allah telah makbulkan, jika tidak, maka doa utk mengecap kebahagiaan itu Allah tangguhkan di hari akhirat nanti buat saudari yg mana ianya jauh lebih baik drpd di dunia..Wallahualam.
f a t i h a t i e

Aku cam pelik la,

Sibuk hal org part 1:

Nape skrg ni trend org bertudung yg pakai brooch mutiara yg panjang tue pakai kat dagu.

X ke nmpk cam janggut? Sakit mate sungguh

Walaupun kalau katekan Wardina yg pakai camtu pun tetap nmpk cam klaka

Pe kena ngan aku nie

Hal remeh plak

Hihi

Sibuk hal org part 2:

No offense

tp nk ckp gak

Nape masa majlis tunang, lelaki (bakal suami) kena hadir

bukan nak kata sbb kena ikut adat tp

the truth is...

nmpk

macam

laki

tue

gedik

gile!!!

lagipun lelaki tue takde peranan pulak dlm majlis tue

lelaki yg sarung cincin ke?

ke lelaki angkat dulang hantaran?

hihi

Sibuk hal org part 3:

Kenapa org buat sesuatu yg sedia maklum tak baik, kerana itu adalah dirinya dan tak mahu hipokrit

Tp pd ms yg sama mencemarkan imej ibu bapa atau keluarga (dan juga imej sendiri)

Yg mana satu lebih penting?

Hidup utk keseronokan diri sendiri?

Tak boleh ke sekurang-kurangnye fikir utk org lain, sekurang-kurangnya sedikit?

dan kesan jangka pjg dan kesan lain yg x nmpk, x usah la dinyatakan di sini

kerana yg 'ghaib' itu yg sllnye diambil enteng


Sibuk hal org part 4:

Kenapa ibu bapa membiarkan??..

(kerana mereka sudah besar n dianggap sudah tau berfikir..kununnnya)

Kalau ianya mencemarkan nama ibu bapa,

Itu kah yg dikatakan tau berfikir?

Oops tau berfikir utk menjaga diri sendiri sahaja (bukan menjaga nama mak bapak ye)

Atau ibu bapa x boleh buat ape dah..

Tu x tau nk kate ape..


Ps: I am no saint. but I have my own stance and all these are way too much for Malaysian & muslims..

A chinese friend of mine said to me that some of these baby boomers are turning into western people nowadays. erk?can't believe it's coming out from her.

Hihi emo sorang2 je. This ranting ain't going anywhere..



he or she..

Lilypie Maternity tickers