f a t i h a t i e
Hari ini aku mendapat tahu sahabat baikku baru saja kehilangan kucing kesayangannya setelah dia baru saja pulang bercuti dari kampung. Dia sangat sayangkan kucingnya. Dia menangis semalaman sehingga bengkak matanya. Sungguh kesihan. Walaupun aku bukan pencinta haiwan peliharaan tp aku turut tumpang sedih..

Aku juga menempuh hari yang mengecewakan… orang kata bila kita sedih kt boleh cuba mengingat perkara2 yang menggembirakan…aku berharap aku tak menghadapi masalah kemurungan yang boleh menyebabkan skizofrenia mahupun kegilaan… oh jauh sama sekali… insya Allah tidak… seperti kawan sekolah menengahku yang menghidap skizofrenia. Aku pernah terbaca penyakit ini berkemungkinan ‘dijangkiti’ ahli keluarga terdekat pesakit atau sesiapa saja yang rapat dengan pesakit.. tapi aku tidak pun dekat dengannya… aku baru saja mendapat tau semalam yang dia kini menyambung kembali belajar dalam bidang farmasi setelah separuh jalan sewaktu di SAAD utk persediaan ke UK-kejuruteraan kimia, separuh jalan juga di uitm dalam kejuruteraan kimia (anugerah dekan setiap sem), dan seterusnya psikologi di utar… kini dia mencuba farmasi pula… semoga dia boleh bertahan…ironi di sini setelah dia menghidap penyakit itu dia memilih jurusan yang sangat berkaitan dengan jiwanya…

Oh mengapa aku bercerita ttg ini…

Aku cuba mengingat sesuatu yang gembira...yang lepas mahupun yang akan datang...tapi tak satu pun boleh mengubah perasaan ni... sbnrnya aku tak mencuba pun... rasa2nya aku hanya akan pulih apabila semua ini selesai...itu saja...mungkin esok... insya Allah...

Aku sudah pun berpindah ke rumah sewa semalam... mulanya aku agak gusar tak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan org2 di situ... mujur semua ok... mujur aku tak jadi katak...=) rakan2 serumah punya otak gila2... hari ni pulang lewat. Baik duduk dulu di perpustakaan... balik rumah termenung nanti dikatakan aku gila padahal aku betul2 perlu berseorang sekarang... perlukan ruang dan waktuku sendiri... x mahu hipokrit...aku lebih tenang di sini...



0 Responses

he or she..

Lilypie Maternity tickers